SLP Publishing House

Formerly Known As SLP Media Sdn Bhd

Smart Learning Project (SLP) – BM

Written By: admin

 

Projek Pembelajaran SMART

Dalam projek ini, kami membantu seseorang untuk meningkatkan kualiti sikap dan keperibadian berpandukan lima prinsip transformasi hidup. Kesemua prinsip dalam model ini juga dikenali sebagai sistem kejayaan “Biogenik Minda”

 

Prinsip  1 : Pemetaan “Biogenik Minda”

 

»        Proses ini membentuk tenaga minda yang sehaluan dan berfokus (Syncronization) berpandukan proses sinergi minda (Synergy)

»        Kita mendokumentasikan aura (tenaga badan) dalam bentuk skrip minda.

»        Ini boleh dicapai dengan mengenal hajat minda yang paling dominan (Core Desire) dalam hidup seseorang.

»        Proses pengumpulan aura membolehkan anda menjana tenaga hidup yang paling optimum dan boleh diguna pada bila-bila masa sahaja.

»        Proses pengkodan minda adalah berdasarkan penyelarasan hajat asasi dengan mengenali profile peribadi dan corak pembelajaran seseorang.

»        Pada akhir proses, anda akan mendapat suatu salinan misi dan aspirasi hidup secara bertulis

»        Proses pemetaan minda dijalankan oleh Biogenic Mind Designer yang berpengalaman.

Prinsip  2 : Rakaman / Bimbingan “Biogenik Minda”

 

»        Proses ini membentuk manifestasi tenaga hidup seseorang. (Manisfestation)

»        Index Aura (Tenaga badan) akan diformulasikan dalam bentuk rakaman dinamik menggunakan musik psikologi dan strategi seni suara (Sonic Art)

»        Setiap fenomena dalam profail minda anda (Pemetaan) akan dimanifestasi dalam bentuk pembelajaran pengalaman (Experiential learning) secara penyertaan diri. (Self participation)

»        Klip audio dalam rakaman ini akan membantu anda membayangkan setiap episod mental video dengan melibatkan pembelajaran minda lengkap. (Full brain learning)

»        Proses ini membina pembelajaran intelektual dan emosi secara total

»        Proses rakaman ini boleh dijalakan di studio musik dengan bantuan pakar musik dalam bidang Sonic Art.

Prinsip 3 : Resonan “Biogenik Minda”

 

»        Proses ini dikenali sebagai amplifikasi tenaga minda (Amplification)

»        Bila frekunsi minda dalaman anda (Hajat Utama) berinteraksi dengan frekunsi dari stimulasi luaran yang seiras dalam bentuk rakaman aura, ia akan menjana kesan amplifikasi gelombang minda yang dikenali sebagai resonan minda.

»        Untuk mencapai tujuan ini, anda perlu mendengar rakaman/bimbingan Biogenik Minda dan menghayati setiap episod imaginasi dengan mensimulasikan penglibatan anda dalam proses dan perasaan yang sebenar.

»        Proses resonan ini hanya akan menjana resonan yang optima jika hajat dalaman anda seiras dengan gelombang simulasi minda.

»        Proses resonan ini membentuk suatu tenaga minda yang kuat untuk menghidupkan potensi dalaman anda.

»        Anda boleh menjalankan proses simulasi dengan menutup mata dan menghayati serta menjalankan refleksi minda dengan hati yang ikhlas.

Prinsip 4: Pemprograman “Biogenik Minda”

 

»        Proses ini juga dikenali sebagai rehabilitasi minda (Rehabilitation)

»        Setiap corak minda anda akan diprogram semula dengan meningkatkan aura minda anda secara simulasi yang berterusan.

»        Rukun ulangan menyatakan setiap cetusan minda yang kecil membina corak tabiat minda yang baru secara berperingkat.

»        Proses pembelajaran “unlearn and relearn” akan mula mengambil tempat secara automatik bila stimuli luaran yang berterusan menjadi sebahagian dari gambar minda yang dominan dalam hidup anda.

»        Kesan rehabilitasi minda sedemikian akan melepaskan corak minda lama dari hidup dan membentuk jenama hidup baru dengan coreak tenaga minda yang baru

»        Untuk mencapai objektif ini, anda perlu dedahkan diri anda dengan proses simulasi yang berterusan.

Prinsip 5 : Perancangan “Biogenik Minda”

 

»        Proses ini dikenali tahap transformasi hidup  (Transformation)

»        Anda akan mencapai transformasi diri dengan merealisasikan proses tindakan yang bakal menjadikan semua hajat dalaman anda menjadi suatu realiti.

»        Anda perlu merancangan matlamat anda dengan mengguna prinsip-psirnisp kejayaan dan menyempurnakan tugasan dengan membina komitmen dengan panduan modul pengurusan hidup.

»        Dengan wujudnya tenaga kejayaan yang kuat dalam hidup, anda akan mentransformasikan semua idea menjadi tindakan bersiri secara “auto pilot”.

»        Dengan menyempurnakan prisnip ini, anda akan dapat menikmati apa yang anda hajatkan dalam hidup baik kebendaan atau bukan kebendaan.

»        Anda boleh menyempurnakan prinsip ini dengan mendapatkan bimbingan peribadi dari cikgu biogenik.

 

Kesimpulan

Kesemua lilma prinsip transformasi boleh disimpulkan dalam prefix SMART., iaitu prinsip sinergi minda (S) , prinsip manifestasi (M), prinsip amplifikasi (A), prinsip rehabilitasi (R) dan prinsip transformasi (T).  Proses transformasi ini  (SMART) dapat membantu seseorang mencapai pembangunan sikap dan visi dengan berjaya.

Lima prinsip di sebalik model “Biogenik minda”

Pertama:  (Pemetaan “Biogenik Minda”) Mencorak dan pengkodan tenaga

-          Methodologi : Mengguna konsep “Biogenik Minda”

Kedua : (Rakaman / Bimbingan “Biogenik Minda”)Manifestasi tenaga minda

-          Methodologi : Mengguna bayangan minda total

Ketiga : (Resonan “Biogenik Minda:) Amplikasi tenaga secara resonan

-          Methodologi: Mengamalkan proses simulasi minda

Keempat: (Pemprograman “Minda Biogenik” ) Rehabilitasi tenaga minda

-          Methodologi : Mengguna strategi pendedahan ulangan

Fifth : (Perancangan “Biogenik Minda: )Proses transformasi diri

-          Methodologi : Mengguna program pengurusan dan perancangan

 

Developed by

Abang Yew

Biogenic Mind Founder

 

Untuk maklumat lanjut tentang ilmu Biogenik Minda

Twitter, Scribd.com, Answers.com, youtube, Slideshare.com: thecrestacademy

MSN, Skype : abang.yew

 

Email : abang.yew@gmail.com

Website : www.baca.org.my

 

Index

»        Principle : Kebenaran, rukun atau andaian

»        Model : Penjelasan skematik terhadap sesuatu sistem atau teori

»        Methodologi : Kaedah atau cara menjalankan sesuatu

»        Synchronization : To occur at the same time; be simultaneous., unification

»        Rehabilitation : 1. To restore to good health or useful life, as through therapy and education.2. To restore to good condition, operation, or capacity.

»        Synergy : The interaction of two or more agents or forces so that their combined effect is greater than the sum of their individual effects.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>